Ahad, 19 Disember 2010

Arah Qiblat Kawasan Sri Baiduri dan Sekitarnya

Betulkah arah Qiblat di rumah anda?
Rujuk Gambar di bawah agar anda mendapat arah Qiblat yang lebih tepat. 
Klik pada gambar utk besarkan.


Garis Merah Yang Ditanda Hadapan Surau Adalah Tanda Arah Qiblat.





Qiblat Surau Sri Baiduri ke Arah Kaabah Di Masjidil Haram


Ahad, 5 Disember 2010

Pembinaan Surau Bermula Julai 2006

   
Mesyuarat Sebelah Blok I...Bincang Hasil Kutipan


Zulkifli Yeop Blok I sedang memantau pembinaan.

 
Pandangan dari hadapan



Pandangan Dari Belakang
 
Pandangan Dari Blok I
 


Tiang Dan Dinding Sudah Tertegak





Masih ada lagi gambar-gambar yang belum saya upload...InsyaAllah akan saya usahakan kelak.




Bukti Al Quran Ayat Allah


Al-quran merupakan Kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad Saw, kita sebagai umatnya hendaklah beramal dengannya.

Ajaib tetapi benar! Lihatlah sebahagian daripada hasil kajian seorang cendekiawan Islam daripada Ikhwanul Muslim,
Dr Tariq Al-Suwaidan mendapati beberapa keajaiban statistik dalam Al Quran.

Didapati banyak perkara telah disentuh dan telah dibuat kajian oleh manusia seperti nombor, astronomi, angkasa lepas, perubatan, geologi, kejuruteraan, minda dan sebagainya.

Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran:


DUNIA – 115 kali
AKHIRAT – 115 kali
MALAIKAT – 88 kali
SYAITAN – 88 kali
HIDUP – 145 kali
MATI – 145 kali
FAEDAH – 50kali
KERUGIAN – 50 kali
UMMAH – 50 kali
PENYAMPAI – 50 kali
IBLIS : PENGHULU SYAITAN – 11 kali
MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS – 11 kali
BALA/MUSIBAH – 75kali
BERSYUKUR – 75 kali
BERSEDEKAH – 73 kali
BERPUAS HATI – 73 kali
ORANG YANG SESAT – 17 kali
ORANG YANG MENINGGAL DUNIA – 17 kali
MUSLIMIN – 41kali
JIHAD – 41 kali
EMAS – 8 kali
KEMURAHAN HIDUP – 8 kali
KEAJAIBAN – 60kali
FITNAH – 60 kali
ZAKAT – 32kali
BERKAT – 32 kali
MINDA – 49 kali
NUR – 49 kali
LIDAH – 25 kali
SUMPAH – 25 kali
NAFSU – 8 kali
KETAKUTAN – 8 kali
BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI – 18 kali
BERDAKWAH – 18 kali
KESUSAHAN – 114 kali
KESABARAN – 114 kali
MUHAMMAD – 4 kali
SYARIAT – 4 kali
LELAKI – 24 kali
PEREMPUAN – 24 kali
SOLAT (SEMBAHYANG) – 5 kali
BULAN – 12 kali
HARI – 365 kali
LAUTAN – 32 kali
DARATAN – 13 kali
LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45
Justeru itu, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratus
Peratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 peratus
JUMLAH = 100 peratus


ALLAHU AKBAR

Sabtu, 4 Disember 2010

Menaja Kuliah Agama

Kami amat mengalu-alukan kepada sesiapa sahaja yang bersedia untuk menaja dalam bentuk kewangan sebagai saguhati kepada ustaz-ustaz yang memimpin majlis ilmu di Surau Sri Baiduri. 



Besarlah pahalanya di sisi Allah bagi mereka-mereka yang membantu sesiapa sahaja dalam menyebarkan ilmu untuk kebaikan hidup manusia di dunia mahupun di akhirat.

Baik Pulih Surau Serta Menukar Karpet

Pihak surau sedang dalam perancangan untuk membaik pulih surau dengan membuat beberapa perubahan rekabentuk bagi mengatasi masaalah kebocoran di samping menyediakan setor bagi tujuan menyimpan peralatan-peralatan dapur, khemah dan juga tempat mandi jenazah.
Penggantian karpet sediada juga perlu dibuat memandangkan ianya telah uzur.
Kesemua ini dirancang bagi tujuan memberi keselesaan kepada jemaah surau.



Anggaran perbelanjaan keseluruhan adalah RM40,000.00.



Sehubungan dengan itu, pihak surau merayu kepada orang ramai agar dapat membuat sumbangan dalam bentuk wang ringgit supaya projek ini dapat dimulakan secepat mungkin.



Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan Pengerusi Surau En. Hussien Mohamad - 013-394-0079 atau Setiausaha Surau En. Mohd Zaki Napiah - 012-266-6753



Allah jualah yang dapat membalas segala amal jariah tuan puan.